NADI Care-Studio Sihat-Bahaya Senyap; Makan Sambil Menghadap Skrin

16 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Care Studio Sihat iaitu Bahaya Senyap; Makan Sambil Menghadap Skrin.

Video pendek ini menerangkan mengenai kesan apabila seseorang makan sambil scroll telefon. Ianya nampak jimat masa, tetapi anda sebenarnya sabotaj sistem saraf dan penghadaman sendiri secara senyap. Melalui laporan kesihatan, apabila makan sambil terhibur skrin, otak dibanjiri hormon dopamin dan ini menyebabkan otak terlalu sibuk sehingga tidak dapat menangkap isyarat hormon leptin iaitu hormon kenyang yang dihantar dari perut. Kesannya, sindorm mindless eating anda akan makan lebih kalori tanpa sedar. Dari sudut perubatan penghadaman tidak bermula di perut tapi bermula di mata. Oleh itu, berikan fokus ketika makan. Makan perlahan-lahan dan jauhkan dari skrin untuk elak gastrik dan mengawal berat badan dengan mujarab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali